Untuk terus hidup, haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada dimakan oleh haiwan lain atau diancam oleh manusia.
CIRI-CIRI KHAS HAIWAN
1. BAU BUSUK
- Sesetengah haiwan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk untuk menghalau musuhnya.
- Contoh haiwan yang mengeluarkan bau busuk ialah:Lipas,skunk,kumbang dan pepijat.
Lipas |
Skunk |
Kumbang |
-Ada serangga yang mempunyai sengat untuk mempertahankan dirinya daripada musuh.
-Lebah dan tebuan mempunyai sengat yang boleh melemahkan musuhnya.
Lebah |
Tebuan |
-Kala jengking dan lipan mempunyai sengat beracun yang boleh membunuh mangsanya.
Kala jengking |
Lipan |
3. TARING
-Ular mempunyai taring yang beracun untuk melindungi diri dan membunuh musuh. Ia akan mengeluarkan bisa apabila menggigit.
Ular tedung |
4. DURI TAJAM
-Terdapat juga haiwan yang mempunyai banyak duri tajam pada permukaan badannya. Selapisan otot pada badannya dapat mengawal pergerakan duri-duri ini supaya dapat ditegakkan sebagai tanda amaran apabila diancam.
-Duri yang terdapat pada haiwan seperti landak boleh mencederakan musuh yang mendekati atau menyerangnya.
Landak |
Video landak melepaskan diri daripada musuhnya.
-Keseluruhan badan ikan buntal diliputi dengan duri tajam. Bila ikan ini diancam, badannya akan mengembung, menyebabkan durinya menjadi tegak. Ini akan menakutkan musuh.
Ikan buntal |
5. PENYAMARAN
-Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran dan sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
-Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa.
-Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak.
Harimau |
Kuda belang |
-Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan tanah.
Rusa |
Arnab |
Tupai |
Belalang ranting |
-Sesetengah kupu-kupu pula mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang kelihatan seperti dua biji mata.
Sejenis spesis kupu-kupu |
-Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Sesumpah |
6. SISIK KERAS, BULU TEBAL DAN CANGKERANG KERAS
-Terdapat haiwan yang diliputi dengan sisik keras, bulu tebal atau cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.
-Contohnya, buaya dan tenggiling mempunyai sisik keras bagi melindungi badannya daripada kecederaan.
Buaya |
Tenggiling |
-Penyu,siput babi,kerang dan ketam mempunyai cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.
Penyu |
Siput babi |
Kerang |
Ketam |
-Sesetengah herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri daripada musuh.
-Ada haiwan yang mempunyai kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya berlari dan melepaskan diri daripada musuh.
-Terdapat haiwan yang melindungi diri dan memburu mangsa menggunakan kuku yang tajam.
-Sesetengah haiwan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik untuk membantu mengesan musuh dengan lebih awal.
-Contohnya, helang mempunyai penglihatan yang baik manakala arnab mempunyai pendengaran yang baik.
KELAKUAN KHAS HAIWAN
Selain daripada ciri-ciri khas, haiwan juga mempunyai kelakuan khas untuk melindungi diri daripada bahaya atau musuhnya.
1. MENGGULUNG BADAN
-Ulat gonggok dan tenggiling menggulung badannya apabila rasa terancam bagi melindungi diri daripada bahaya.
Ulat gonggok menggulungkan badan |
a
PETA MINDA MUDAH
CIRI-CIRI HAIWAN
PETA MINDA MUDAH
CIRI-CIRI HAIWAN
No comments:
Post a Comment